Salam to allz
Seram... seram... semakin bahayalah pulak main Facebook ni... kalau main aplikasi game melalui Facebook ni memang melalaikan lebih-lebih lagi Mafia Wars & Farmville, jesteru bahaya la kesihatan dan amalan anda... huhuhu... apa yang aku merepek ni syaitan...
Cerita sebenar yang aku nak beritahu korang sebenarnya macam ni bunyi nya... tadi masa aku blogwalking, aku terbaca
entri ni kepunyaan
Teratak Kasih Zie Fauzi. So bila aku terbaca tu, terus rasa seram sejuk... gila kau... cuba korang bayangkan tengah baik punya korang buat posting pasal mengutuk rejim yahudi siap ada perkataan IS***L (paham-paham la apa yer) ni, lepas itu korang post link entri korang kat Facebook, tiba-tiba jer korang akan menjadi salah seorang fan bagi fan page Facebook negara yang bermula dari huruf 'I' dan berakhir dengan huruf 'L' tu... secara automatik... even kalau ko tulis dalam bahasa sanskrit pun, kalau ter'detect' jer perkataan ISR**L, secara automatik korang akan jadi fan...
Nak lebih kepastian sila masuk ke
link yang aku bagi ni... korang akan faham...