Salam to allz...
Hehehe... akhirnya... ter'berjaya' jugak aku menyentuh blog aku ni... lama gila aku tak update blog aku ni... sori ye pembaca setia ku... poyo... macam lah ada pembaca setia...
Siapa kat sini suka minum kopi angkat tangan... aku nak tanya korang sekarang ni, kopi apa paling mahal kat dunia... biar aku bagi pilihan kalau susah sangat... Cappucino? Mocha? Expresso? Kopi Janda? Kopi Jantan? Kopi Tongkat Ali? Korang tak tahu ke? Mari sini dekat-dekat aku nak bisik kat telinga korang...
Jawapannya ialah...
Biasanya masa kita minum kopi.. kopi yang diproses adalah dari biji kopi asli.... korang pernah dengar tak nama Kopi Luwak? Kopi Luwak ialah kopi paling mahal di dunia.... erkkk... kopi apa tu tak pernah dengar pun... apasal pulak kopi ni paling mahal.... sebabnya cara proses biji kopi ni spesial sikit... lain dari yang lain... diorang pakai spesial ingredient.... teruskan skrolling yer...
Kopi Luwak keluaran Thailand jenama Doi Chang
Kopi Luwak keluaran Filipina jenama Alamid
Seekor haiwan bernama Civet berasal dari Asia, Eropah dan Afrika
Uikkksssss... apasa pulak haiwan ni boleh tersesat dalam entri ni... apa kene mengena pulak lah.... hehehe... bukan sengaja aku nak masukkan... tapi binatang ni lah spesial ingredient yang diorang gunakan untuk buat kopi luwak... sila jangan muntah yer semasa meneruskan skrolling... aku tak nak bertanggungjawab kalau korang termuntah kat depan PC atau Lappy korang... kui kui kui....
Petani di Jawa Timur memetik biji kopi
Diorang sedang memilih biji kopi yang berkualiti
Biji kopi yang berkualitti itu akan diberi makan kepada Civet
Civet ni akan diberi makan dengan menggunakan biji kopi yang terpilih.... semasa proses penghadaman, enzim Civet akan bercampur dengan biji kopi ini... bila najis keluar, ia akan menghasilkan biji kopi yang unik... ye ker???
Najis biji kopi tu dipungut untut proses yang seterusnya.... macam candy-bar jer... hehehe...
Proses pemilihan biji kopi yang terbaik untuk dikisar menjadi serbuk kopi
Hasilnya....
So kalau ada sesiapa daripada korang yang pergi melawat Thailang ke Filipina ke... kalau nak minum kopi, jangan lupa minta kopi yang paling mahal ye... hahahaha... apa pendapat korang???
Okiesss
p/s: apa lah diorang ni pelik-pelik jer... sampai macam tu sekali nak buat kopi.... loya tekak aku...