Surat putuskan hubungan dengan Mat Saleh...




Salam to allz...

Ini merupakan entri yang ringkas sahaja... cuba bayangkan kalau korang sedang bercinta dengan orang putih, lepas itu dapat tau dia main kayu tiga dengan korang.... korang nak minta putus secara depan tak berani... so korang cuma menulis surat je pada orang putih tu... dan yang paling best pulak, korang punya English dah habis bersepah punya (broken english).... adakah korang akan menulis seperti si Tijah ni punya penulisan?



Terjemahannya...

Hai, motif saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu awak sesuatu.
SAYA NAK MEMUTUSKAN HUBUNGAN KITA. Saya dah fikirkan tentang perkara ini masak-masak.
Saya tahu saya hanya bertepuk sebelah tangan. Sebetulnya, saya telah ternampak awak dan dia bersama-sama di bandar dengan mata saya sendiri. Balik-balik awak asyik meminta maaf. Saya tidak percayakan awak lagi!!! Awak sememangnya dasar buaya.
Kawan saya cakap awak main kayu tiga... Sekarang saya tahu awak betul-betul main kayu tiga. Jadi, saya putuskan hubungan untuk menarik diri saya daripada cinta tiga segi ini. Saya tahu keputusan yang saya ambil ini adalah betul, kerana awak cintakan dia lebih tinggi daripada saya. Jadi saya putuskan untuk pergi jauh dari sini. Saya tidak mahu awak main-mainkan hati saya. Saya telah menangis sehingga tiada air mata lagi memikirkan tentang awak. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali.... Selamat jalan...
 Tijah

Agak-agak lah kan apa perasan boyfriend Tijah ni semasa baca surat yang dia bagi... lepas tu dia baca pulak depan awek baru dia... perghhhhh... malu siot si Tijah ni....

Renung-renungkan dan selamat berketawa...

Okieeesssss....

P/S: apalah bodoh Tijah ni... punya banyak lelaki melayu nak cari orang putih jugak... tak reti cakap orang putih ada hati nak 'couple' dengan Mat Saleh pulak... kui kui kui kui...
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Mr. Merlot
Back to top