KCT 1 berharga RM65,550




Salam to allz...

Sebelum aku nak keluar pergi sarapan, rasa macam nak menulis jer... korang mesti dah tau pasal Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, penyanyi nombor satu negara membida nombor pendaftaran kereta kan... tapi sebenarnya bukan beliau yang membida nombor tersebut sebaliknya suami beliau iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa...


Wahhh!!! Betapa dasyatnya cinta dan sayangnya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada isterinya itu ya... nombor tu mesti ada makna istimewa sehingga Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sanggup mengeluarkan duit sebanyak RM65,550 semata-mata untuk nombor yang akan diletakkan pada kereta kemudian berhabuk kena debu di jalan raya... mungkin 'K' membawa maksud 'Khalid' dan 'CT' adalah 'Siti' dan nombor 1 membawa maksud satu la kan... ini seakan-akan memberi makna Datuk Seri Khalid dan Datuk Siti adalah satu... hehehe... tekaan rambang aku je la kan... makna lain? Hanya Datuk Seri Khalid dan Allah jer yang tahu...


Pendapat aku lah kenapalah orang kalau dah kaya ni sanggup memperhabiskan wang ringgit semata-mata untuk mendapatkan sesuatu yang pada aku rasa ia bukanlah satu keperluan... kalau betul-betul nak habis kan duit sebab dah tak tau nak buat apa dengan duit yang berlambak tu, bawa-bawalah beramal jariah ke... sedekah ke... bantu fakir miskin ke... bina surau atau masjid ke... bagi kat aku ke... hehehehe... poyo jer aku ni... duit diorang, suka hati diorang lah... kalau aku banyak duit macam diorang pun agaknya akan ter'jadi' macam diorang... al-maklumlah selagi nafsu ada kat dalam diri ni.... mana boleh lari daripada sifat macam tu kan....

Dah lah... nak pergi sarapan... nak menghabiskan duit untuk mengisi perut dengan menaiki kereta yang memiliki nombor pendaftaran yang tidak dibida lah...

Okieeessss
p/s: Ada desas-desus orang cakap Datuk Siti ni buat pinjaman kewangan dengan Tekun masa nak buat modal untuk produk Simply Siti tu... Apa pendapat korang??
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Mr. Merlot
Back to top