Uikkk... Kondom bergigi??




Salam to allz

Aku saja je nak menulis pagi ni, just untuk berkongsi je... mungkin tak panjang mana pun entri ni... sepatutnya semalam aku tulis dah pasal benda ni tapi tak sempat... Al-maklumlah aku ni programmer sepenuh masa dan blogger separuh masa...

Kali ni agak 18SX sikit la... pasal kondom... kondom?

Ya... pasal kondom.... sinonim dengan lelaki yang gersang dan pasangan suami isteri yang mahu merancang keluarga... cuma bezanya, kondom ni dicipta untuk mencegah wanita daripada dirogol oleh lelaki bernafsu yang tak terkawal.... Yang best nya, kondom ni bergigi...


Kondom bergigi yang diberi nama 'Rape-Axe' ini telah diilhamkan oleh Dr Sonnet Ehlers dan telah pun dilancarkan di Afrika Selatan baru-baru ini sebagai senjata bagi melindungi wanita daripada menjadi mangsa rogol... cehhh... orang sibuk nak tengok Piala Dunia, dia sibuk promote produk pulak... kui kui kui...

'Rape-Axe' ini berfungsi dengan cara mencengkam alat sulit lelaki ketika hubungan seksual berlaku dan alat ini hanya boleh dibuka oleh pakar perubatan. Beliau berkata lagi, sekiranya alat ini betul-betul berfungsi dengan jayanya, maka lelaki tersebut tidak akan boleh berjalan mahu pun membuang air kecil... perghhhh.... habis lah nasib perogol kalau alat ni dilancarkan secara meluas... tak boleh nak cari makan lah lepas ni... hahahahahaha....

Nasihat aku kepada lelaki yang suka merogol ni... bawa-bawa lah mengucap... ingat-ingat tuhan sikit... bila-bila je Allah boleh ambil nyawa kau... sebelum korang mati... sebelum 'anu' korang kene gigit....  kalau kene gigit, sakit dapat... malu pun dapat... kah kah kah kah....

Okieeesss

**untuk maklumat lebih lanjut klik di sini

P/S: Adakah wanita di Malaysia khususnya wanita melayu akan pakai alat ni.... anak dara macam mana pulak...  pendapat korang macam mana? Cara pemasangan  dan fungsi kondom ni tertera di bawah... sori... 18SX sikit yer...

FAIL (the browser should render some flash content,not this)
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Mr. Merlot
Back to top