Selamat Tinggal Penjara Pudu




Salam to allz


Penjara Pudu atau dahulunya dikenal sebagai Pudu Goal yang terletak di tengah-tengah kota raya megah Kuala Lumpur akan diruntuhkan pada tanggal 21 Jun 2010 jam 10 malam... Penjara Pudu bersejarah dan penuh misteri ini telah dimulakan pembinaannya secara berperingkat bermula pada tahun 1891 dan siap sepenuhnya pada tahun 1895..



Pada tahun 1985, penjara bersejarah ini telah mencatatkan jumlah bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa. Kesesakan yang menggila ini memaksa banduan bergilir-gilir untuk tidur. Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985, berlaku penawanan dua orang awam, iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid oleh enam orang banduan reman yang diketuai oleh Jimmy Chuah. Penawanan terhadap kedua-dua orang awam tersebut bagaimanapun berakhir selepas enam hari setelah banduan menyerah diri..

Pada 1 November 1996 jam 9.05 pagi Penjara Pudu yang sarat menyimpan 1001 kisah dan tauladan kepada Jabatan Penjara dan negara ini terpaksa ditutup ekoran kepesatan pembangunan yang menyebabkan  ciri-ciri keselamatan penjara unik ini semakin tergugat.




Kini penjara yang unik ini bakal menjadi kenangan dan tidak akan lagi dapat dilihat sewaktu berjalan kaki dari LRT Hang Tuah menuju ke Times Square dan Sungei Wang...
Selamat Tinggal Penjara Pudu... Dalam Kenangan...

Okiieesssss

P/S: Kalau tak silap aku, kat sini jugalah Botak Chin menjalankan hukuman kan... betulkan kalau aku tersilap..
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Mr. Merlot
Back to top