Nuffnang itu apa?

Salam to allz

Sambil-sambil tengak berita kat tv3, aku macam terpanggil-panggil je untuk menulis entri baru... kali ini pasal Nuffnang... alaaa... kalau korang tengok kat atas blog dengan sidebar aku mesti korang ter'perasan' banner Nuffnang ni... konfirm punya... kalau tak nampak pendek umur wa cakap ngan lu... huhu... Lagi pun rasanya macam tak salah jer untuk memperkenalkan kat blogger newbie yang tertanya-tanya apa itu Nuffnang...

So tak payah cerita banyak... kita teruskan jer dengan pembelajaran kita hari ini ya murid-murid... kalau ada yang tak faham boleh tanya pada ruang komen yer..



Nuffnang? Rasanya you allz mesti pernah dengar nuffnang kan... haaa... ada yang belum dengar ke? Nuffnang adalah sebuah syarikat yang bertindak sebagai platform untuk menyiarkan iklan-iklan yang diberikan oleh syarikat tertentu kepadanya.

Sebagai contoh baru-baru ini Celcom buat promosi tentang beruang biru memakai jersi sempena Piala Dunia. Celcom akan membayar sejumlah wang kepada Nuffnang untuk mempromosikan iklan pada blog-blog yang  di Malaysia. Kalau tiada? Tiada lah Nuffnang nak pasang iklan pada blog korang. Setiap iklan yang dipasang pada blog, korang akan dibayar sebanyak RM0.25 sen bagi setiap klik pada iklan tersebut. Lepas itu bila duit terkumpul korang dah cukup RM50, anda boleh cash out duit korang itu daripada Nuffnang.

Pendaftaran untuk menjadi ahli mudah dan percuma... cuma perlu masuk website Nuffnang kemudian daftar... sungguh mudah sebab kaedah pendaftaran ditunjukkan step-by-step... Cara nak pasang iklan@ads Nuffnang juga akan diterangkan semasa pendaftaran... so jangan takut heh...

Keahlian Nuffnang ini juga terbahagi kepada 2 iaitu Ordinary dan Glitterati. Keahlian Ordinary ini bermaksud korang dah memasang iklan selain daripada yang ditawarkan oleh Nuffnang manakala Glitterati pula adalah blogger-blogger yang setia pada Nuffnang dan tidak perlukan pengiklanan daripada syarikat lain. Ahli-ahli Glitterati mendapat kelebihannya yang tersendiri iaitu dapat buffer ad, pembayaran cek lebih cepat sampai dan juga lain-lain.

So sampai sini sahaja agaknya aku nak berkongsi sebab tu je yang aku tahu buat masa sekarang pasal Nuffnang ni... kalau ada benda yang aku ter'miss' harap korang tegur dan beri komen ye... oh ya... selain Nuffnang ada juga syarikat lain  yang buat pengiklanan ni contohnye Advertlets. Jadi terpulang kat korang lah nak guna pengiklanan yang mana satu yerrrr....

Apa lagi yang korang tunggu, pergi la daftar dengan Nuffnang... memang bagus untuk blogger-blogger baru nak berjinak dengan blogging... selamat mencari duit dengan ber'blogging'... tapi ingat ber'blogging' bukan pasal duit semata-mata tapi jadikanlah ber'blogging' sebagai platform untuk memberi tips, tunjuk ajar, pendapat, hobi dan sebagainya okieeesssss...

Lepas ni jangan lagi nak tanya Nuffnang itu apa okieesss.... secara basic nyer aku dah bagitahu... konfirm la ye yang Nuffnang tu bukannya seekor ayam mahupun tenuk hehehehe... kalau tak tahu jugak, mari sini kepala tu aku sekeh... kui kui kui..

okieeessssss..

P/S: aku pun baru guna Nuffnang seminggu dan terkumpul RM1.00... lambatnya... usaha tangga kejayaan...
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Mr. Merlot
Back to top