Ada apa dengan Karate Kid 2010??

Salam to allz...

Berjaya jugak nak meng'update' blog picisan aku hari ini... tapi nak tulis pasal apa?? Hari ni aku ingat nak tulis pasal movie yang baru di tayangkan pada 10 Jun 2010 hari itu... Karate Kid. Untuk pengetahuan you allz movie ni adalah remake daripada movie tahun 1984 dengan tajuk yang sama.

Actually semalam aku dengan ter'macho'nya telah mengajak bakal tunang aku menonton cerita ni... overall cerita ni memang menarik sehingga ada sebahagian babak dalam movie berjaya membuatkan bakal tunang aku menitiskan air mata...

Kepada sesiapa yang ingin meluangkan masa untuk menonton movie ni nanti, tolong jangan terkejut dan bertanya kenapa tajuk karate kid tapi cerita lebih aksi ala-ala kung-fu... well kalau dah Jackie Chan turut berlakon dalam movie tu dah tentulah kung-fu akan dijadikan platform seni pertahankan diri kan...

video

Sinopsis cerita ni berkisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Dre Parker yang dilakonkan oleh anak kepada Will Smith iaitu Jaden Smith yang terpaksa ikut ibunya berpindah dari Detroit ke China... di sana Dre terpaksa mengharungi cabaran untuk berbahasa dan menyesuaikan diri di sana... So dalam pada masa yang sama juga Dre sering dibuli oleh sekumpulan budak China yang agak kurang ajar dan terdapat adegan buli-membuli yang agak kasar... dan adegan ini jugalah bakal tunang aku menitiskan air mata... al-maklumlah bakal tunang aku tak sukakan kekerasan... Aksi buli-membuli terus berlaku sehinggalah En. Han, watak yang dilakonkan oleh Jackie Chan (idola aku tu hehehe) datang membantu dan seterusnya bersetuju untuk melatih Dre dalam seni mempertahankan diri... Hmm hmm hmm... tak boleh cerita lebih-lebih ok... nak tahu macam mana cerita ini berkembang dengan baik sekali, pergilah menonton movie ni di pawagam berhampiran anda... tak kan lah aku nak cerita pulak... Ok...

Movie ini akan dikeluarkan dengan tajuk yang sama iaitu Karate Kid di seluruh Asia kecuali di China, Japan dan Korea Selatan...

So apa lagi, pergilah telefon kawan, abang, kakak, pakcik, makcik, nenek, datuk, mak, abah, ataupun awek anda dan bawa dorang menonton Karate Kid... berbaloi-baloi...

Okies...

P/S: Memang best la movie ni bebanding movie Karate Kid tahun 1984... Jaden Smith pun pandai buat muka kesian... huhu... berjaya buat bakal tunang aku menangis... cis..
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Mr. Merlot
Back to top