The Cup of Life


Salam to alls

The cup of life... macam pernah didengar je kan... alaaaa... pada tahun 1998 dulu selalu jer kita dengar tajuk bagi sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Ricky Martin (orang kata dia "Gay", che' tak tau)... aku pun tak terkecuali ter'minat' ngan lagu ni... Lagu ni sempena FIFA World Cup yang diadakan kat France pada 10 Jun hingga 12 Julai 1998 dan pada tahun tu juga lah menyaksikan France menjuarai Piala Dunia ini buat kali pertama setelah mengalahkan Brazil 3-0... Brazil kalah???? Tidakkkkk.!!!!!!
errr... Sekarang FIFA World Cup kembali lagi...


So pada tahun 2010, FIFA kembali lagi untuk edisi yang ke-19 selepas ia berlangsung buat pertama kali pada tahun 1930... kejohanan yang berlangsung setiap berselang 4 tahun ini akan menjadikan Africa Selatan sebagai tuan rumah buat kali pertamanya setelah menewaskan Morocco dan Egypt dalam proses bidaan... tahniah Afrika Selatan...

Ini juga bermakna pada tanggal 11 Jun and 11 Julai 2010 juga akan menyaksikan jutaan peminat bola demam dan 'meroyan' disebabkan FIFA ni... maka dengan ini juga bakal menyaksikan perniagaan restoran mamak@mapele bertambah maju kerana dengan 'yakin & pastinya' peminat bola sepak di Malaysia akan ber'kampung'kan restoran-restoran demi FIFA World Cup...

Bagi aku, tak sabar rasanya untuk aku melihat negara-negara hebat seperti England, Brazil, Spain, France, Germany, Belanda serta Argentina bermain...

 Maskot FIFA World Cup 2010

Semoga berjaya kepada semua pasukan yang bertanding dan penyokong yang bersorak...

Okieeessss

p/s: bila lah agaknya Malaysia akan layak ke Piala Dunia... huhuhu

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Mr. Merlot
Back to top