Nak Boikot Crocs?




Salam to allz

Perghhhh... semalam satu hari aku boleh pulak ter'mental block' kejap... nak kerja malas, nak ber'blogging' pun malas... nak ber'joging' apatah lagi.... so pagi ni dalam keadaan malas (malas lagi... bila nak rajin la...) dan mengantuk yang impak maksima, aku saje je lah nak menulis entri pada kali ini... well, entri ni lebih bersifat peribadi sikit la... persepsi dan pandangan masing-masing la kan... kalau ada yang tak setuju, sudahlah... ada aku kisah...

Okieesss... berbalik dengan tajuk entri kat atas tu, aku nak tanya kat korang... kenapa kita perlu memboikot crocs? Ada apa dengan crocs? Adakah crocs ni mencederakan kita sewaktu kita memakainya di kaki (buaya la katakan heh) ? Wajarkah kita memboikot? Dan yang paling best, boikot memboikot ni selalunya datang daripada orang melayu kita sendiri... al-maklum lah... imiginasi dan Akademi 'Fantasi'a mereka terlalu tinggi... dan apabila jadi sesuatu isu, terus keluarkan petisyen untuk memboikot tanpa kaji selidik dahulu... sama jugaklah dengan jenama crocs ni..




Isunya? Semuanya gara-gara logo crocs yang dikatakan menyerupai khalimah Allah... hmmm... betul ke? Bagi pendapat aku secara peribadi, isu logo crocs ni tak patut langsung dijadikan isu... kenapa aku cakap begitu? Ye la... ianya dikatakan mirip... aku ulangi MIRIP... dengan khalimah Allah dan bukannya secara terang-terangan ditulis khalimah Allah... ambil ni sebagai contoh, pelanduk dua serupa... seseorang itu dikatakan mirip seorang artis, adakah ini bermaksud dia seorang artis? Dia akan menjadi artis sekiranya kita yang menganggap dia artis betul tak? Tapi hakikat yang hakikinya, dia bukanlah artis tersebut...


Perkara ini berlaku kebiasaanya di sebabkan oleh mereka yang cuba menjadi bijak pandai yang kononnya dapat menilai sesuatu maksud di sebalik sesuatu perkara... akhirnya apa yang akan terjadi hanyalah satu bada'ah atau pun fitnah di atas sebab menyebarkan sesuatu benda yang yang korang sendiri tak pasti kesahihannya...

Dan di sebabkan isu ini, waktu nak balik dari ofis... keluar jer dari pintu ofis ternampak la pulak ada seorang hamba Allah ni (ofis-mate aku jugak lah) sedang baikkkkkk punya menilik kasut crocs aku... ye... aku pemilik kasut crocs... aku pun berkata-kata kat dia... "cantik kasut tu kan kak?".. dia pulak menjawab.. "akak cuma nak tengok logo crocs kat sini, nak tengok ada logo khalimah Allah ke tidak?"... aku cuma senyum sinis dan menyambung lagi kata-kata ku yang sedikit sebanyak membuatkan dia terdiam dan terus balik... "tak ada makna nya logo khalimah Allah... tu lah orang melayu suka sangat bersikap syak wasangka, kalau betul ada khalimah Allah saya pun tak belilah kak.!"..

Betulkan aku kalau kata aku tersilap... seperti yang aku katakan, ini hanyalah pendapat peribadi daripada aku... pendapat korang pula?

Okieessss

P/S: kalau logo crocs mirip khalimah Allah dan kita perlu memboikotnya... so aku ingat nak boikot huruf 't' lah... sebab mirip bentuk salib... hehehe... baca jugak persepsi blogger justkhai yer...
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Mr. Merlot
Back to top