iPhone is backkkk....

Salam to allz

Berita gembira aku nak bagi tau buat penggemar iPhone... ini kerana syarikat Apple Inc akan melancarkan iphone 4 yang dijangka akan berada dipasaran pada 24 Jun 2010... iPhone yang menggunakan OS version 4 ini akan dikeluarkan dalam 2 warna iaitu hitam dan putih dengan harga $199(RM600++) bagi 16GB dan $299(RM900++) bagi 32GB. Untuk permulaan model ini akan dilancarkan hanya di lima buah negara dahulu iaitu US, France, Germany, UK, Japan dan akan disusuli oleh 18 buah negara pula (hopefully incuding Malaysia) pada bulan Julai.



iPhone edisi kali ini menampilkan penambahan fungsi antaranya
  • Facetime iaitu fungsi untuk panggilan video dan kelebihannya dalam fungsi ini juga pengguna boleh melakukan panggilan video dengan menggunakan wi-fi
  • Retina Display iaitu penambahan ketajaman bagi grafik, resolusi skrin dan penambahan sebayak 4 kali bilangan pixel berbanding iPhone terdahulu
  • Multitasking iaitu fungsi yang membenarkan pengguna untuk menjalankan 2 atau 3 atau lebih aplikasi dalam satu-satu masa
  • HD Video Recording & Editing bermaksud pengguna boleh merakamkan video dengan menggunakan definisi tinggi (High Definition) serta boleh melakukan editing terus didalam iPhone dengan aplikasi terbaru iMovie
  • 5 Mega Pixel Camera + LED Light turut disertakan bagi menambah baik fungsi kamera yang disertakan dalam iphone 3GS dahulu
Dengan penambahan fungsi yang dilakukan oleh Apple Inc seperti di atas, aku rasa la kan pengguna iPhone akan lebih 'steam' atau terangsang untuk memiliki iPhone yang terbaru ni... dan sewaktu aku terbaca dan menulis artikel ni pun aku telah terpasang niat untuk memilikinya (insya'Allah). So we can say bye bye to iPhone 3G or 3GS and hello iPhone 4...

By the way, untuk pengetahuan you allz, Apple Inc tidak akan meneruskan pengeluaran iPhone 3G kerana bagi aku secara peribadi dah tak relevan pun untuk memilik iPhone 3G sedangkan iPhone 3GS sahaja dah lebih bagus, apatah lagi iPhone 4... much much better...

So bagi yang ingin tahu lebih lanjut tentang spesifikasi iPhone 4 ini boleh klik di sini. Untuk penyedia rangkaian telco seperti Digi dan Maxis, apa yang ditunggu lagi kami mahu iPhone 4 tak faham-faham lagi ke... Celcom?? Bila lagi?? Ada bran ke xde bran?? Ke you allz from Celcom ada perancangan sendiri untuk mendapat kan iPhone dengan lebih murah... kalau ada baguslah... tidak la rabak poket kami semata-mata nak memiliki iPhone ni... hehehe...

Okies..

Edit 11 Jun 2010: good news untuk pemilik iPhone 3GS atau 3G.. you allz boleh update OS 3GS korang kepada OS iPhone yang ter'latest' (iOS 4)... untuk maklumat lanjut sila klik di sini. Sorry sebab boleh ter'miss' information yang ni pulak... hehehe :p


p/s: iPhone kalau kat US cuma $199(RM600++) jer bagi 16GB bila masuk Malaysia boleh sampai RM2500... hmm... cukai kot... tapi... renung-renungkan... 1 Malaysia...
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Mr. Merlot
Back to top